Kalau dulu aku kerdil
Kalu dulu aku naïf
Kalau dulu aku lemah
Kalau dulu aku berangan
Kalau dulu aku hanya melakar impian
Tapi sekarang aku mahu bertatih sepantas kilat
Mengejar cita dan impian
Yang dulu aku sandarkan
Pada lakaran nasib yg tak dipastikan
Aku mahu itu
Aku mahu ini
Tamakkah aku?
Mengimpikan segalanya yg dulu pernah aku igaukan?
Aku juga seperti insan lain punya keinginan
Kejayaan kuharap akan kudaki habis-habisan
Selagi semangat tak pudar
walau halangan datang mencantas pendakian
Ya Rabbi Ya Tuhan…
Aku mohon kekuatan dan keberkatan
Ya Abi Ya Ummi…
Aku mohon doa kalian serta sokongan
Ya Asdiqa’…
Aku pinta iringan
Ya….semua yg terpenting di hati ini
Aku amat perlukan peringatan dan nasihat kalian
Moga aku tidak jadi insan lupa daratan.
~~Insya Allah~~
No comments:
Post a Comment